petang tadi atin jejalan dengan mimi kat J town ni..huhuhu..bosan punyer pasal la kn..turun je van terus pegi kedai buku-buku..then jeng jeng jeng...atin jumpe novel yang sangat menarik..
atin nak share sikit la sinopsis nyer..menarik sangat cite ni..sweet je...
SinopsisIni adalah kisah dua hati yang tidak pernah
serasi. Kisah dua jiwa yang tidak pernah bersatu. Bayangkan sahaja
bagaimana, ‘harimau jadian’ yang habitatnya di Garisan Khatulistiwa
bertemu dengan ‘penguin’ di kutub selatan? Natijahnya, wujud perang
dunia ketiga di mana medan tempur tanpa senjata memporak-perandakan
hidup mereka. Masing-masing dengan kepala dan karakter yang tersendiri.
Prinsip Fendi: Kutuk-mengutuk dan marah-marah itu cara dia mengurat dan
mengeratkan ikatan dengan Fatin yang dirasakan tidaklah secantik mana,
cuma gadis itu comel di pandangan mata.
Prinsip Fatin: Hidup
mesti sempoi, relaks dan selamba tetapi dalam percintaan, dia memerlukan
seorang lelaki romantis dan bertanggungjawab.
Zahirnya, Fendi
dan Fatin memang tidak ‘ngam’ tetapi batin mereka sudah bersatu dalam
diam. Namun, kehadiran Tengku Khalid sebagai pesaing membuatkan Fendi
tidak keruan. Dia harus melamar Fatin, tetapi bagaimana caranya? Gadis
itu memang sukar untuk didekati.
Fatin seorang yang ‘happy go
lucky’ meskipun jadi buruan gengster ah long. Idea nakalnya muncul.
Lelaki mana yang sanggup beri wang hantaran yang paling tinggi maka
itulah suaminya. Maka wujudlah kaunter buka harga! Jadi, antara Tengku
Khalid dan Fendi, siapa yang menjadi pilihan si penguin kutub selatan
itu?