Sinopsis
Ini adalah kisah dua hati yang tidak pernah serasi. Kisah dua jiwa yang tidak pernah bersatu. Bayangkan sahaja bagaimana, ‘harimau jadian’ yang habitatnya di Garisan Khatulistiwa bertemu dengan ‘penguin’ di kutub selatan? Natijahnya, wujud perang dunia ketiga di mana medan tempur tanpa senjata memporak-perandakan hidup mereka. Masing-masing dengan kepala dan karakter yang tersendiri.
Prinsip Fendi: Kutuk-mengutuk dan marah-marah itu cara dia mengurat dan mengeratkan ikatan dengan Fatin yang dirasakan tidaklah secantik mana, cuma gadis itu comel di pandangan mata.
Prinsip Fatin: Hidup mesti sempoi, relaks dan selamba tetapi dalam percintaan, dia memerlukan seorang lelaki romantis dan bertanggungjawab.
Zahirnya, Fendi dan Fatin memang tidak ‘ngam’ tetapi batin mereka sudah bersatu dalam diam. Namun, kehadiran Tengku Khalid sebagai pesaing membuatkan Fendi tidak keruan. Dia harus melamar Fatin, tetapi bagaimana caranya? Gadis itu memang sukar untuk didekati.
Fatin seorang yang ‘happy go lucky’ meskipun jadi buruan gengster ah long. Idea nakalnya muncul. Lelaki mana yang sanggup beri wang hantaran yang paling tinggi maka itulah suaminya. Maka wujudlah kaunter buka harga! Jadi, antara Tengku Khalid dan Fendi, siapa yang menjadi pilihan si penguin kutub selatan itu?
No comments:
Post a Comment